Iklan Penaja

Tuesday, November 30, 2010

Lawak!!..peace:)

Kes 1 : Seekor Kucing Terlibat Dalam Percubaan Membunuh

RUMAH PAK LEMAN : Seekor Kucing didakwa atas Akta 84 (b) kerana melakukan percubaan membunuh, mungkin akan berdepan dengan hukuman gantung sehingga pengsan atau geletek hingga koma atau kedua-duanya sekali. 

Kucing yang dikatakan dimiliki oleh seorang usahawan yang terkenal itu mengaku tidak bersalah dan menganggap tuduhan itu sebagai tuduhan tidak berasas dan merasakan ada seseorang mahu mencemarkan nama baiknya. Walau bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis.

Mengikut kata-kata dari Inspektor yang bertanggungjawab dalam kes ini, beliau percaya yang unsur-unsur jenayah memang terbukti secara terang-terangan kerana alatan untuk membunuh sudah dijumpai oleh anggota-anggotanya.


(Gambar menunjukkan bukti yang diambil oleh Pak Leman selaku saksi utama kes ini)


Kes 2 : Seekor Anjing Ditangkap Kerana Mengetuai Kumpulan Mafia Di Kedah

DEPAN KEDAI RUNCIT ROKIAH : Seekor anjing yang juga ketua kumpulan Mafia di kedah sudah ditangkap oleh pihak polis semasa serbuan dilakukan awal pagi selasa yang lepas. Anjing yang kelihatan tenang ketika ditangkap itu mengaku yang beliau adalah comel walaupun tidak ditanya oleh sesiapa.

Semasa ditemuramah, anjing itu dengan selamber mengaku yang dia adalah ketua Mafia dan juga terlibat dalam pelbagai rompakan di Kedah. "Saya memang berani,berani kerana benar,berani juga kerana salah!!!" itulah kata-kata anjing tersebut sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.


(Gambar menunjukkan anjing tersebut  sedang ditahan)

Kes 3 : Seekor Kucing Didakwa Terlibat Dalam Sindiket Penculikan Anak Ayam

REBAN AYAM PAK SAMAD : Pak Samad yang juga pemilik kepada anak-anak ayam yang telah hilang akibat diculik oleh seekor kucing amat marah dan sedih ketika ditemuramah oleh wartawan Berita Terbang.

"Pak Samad dah takda apa-apa dah skang! kalau dulu,anak-anak ayam Pak Samad selalu mendodoikan Pak Samad ketika Pak Samad nak tidur! skang takdak sapa-sapa dah nak teman Pak Samad" luahan hati Pak Samad yang amat menyentuh hati wartawan-wartawan disitu.

Tambah Pak Samad lagi,"Semalam Pak Samad ada suro bini Pak Samad spy sapa yang curik suma anak-anak ayam tu,sudah ternyata! Kucing Pak Hasyim yang terlibat dalam sindiket ini!" Pak Samad lagi sekali meluahkan perasaannya sambil menangis-nangis kerana kesal dengan kejadian ini.

Inspektor Kassim yang bertanggungjawab dalam kes ini berjanji akan membantu Pak Samad bagi membongkar misteri kehilangan anak-anak ayam ini.Inspektor Kassim juga menambah " Pihak polis diraja Malaysia akan mengadakan kerjasama dengan pihak FBI dan SWAT, bagi membanteras jenayah yang menakutkan ini!" 


(Bukti menunjukkan Seekor kucing cuba menggoda anak ayam supaya mengikutnya)

Kes 4 : Seekor Itik Terlibat Dalam Pembunuhan Beramai-ramai

LORONG BANYAK ORANG : Seorang peniaga nasi lemak sempat merakamkan aksi yang menggerikan ini. Peniaga nasi lemak yang tidak mahu namanya didedahkan kerana katanya namanya terlalu sedap itu mengatakan beliau sudah trauma kerana melihat aksi yang penuh debaran dan amat menggerikan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak melihat gambar yang telah diambil olehnya kerana ini mungkin akan mengakibatkan mereka yang degil mahu menengoknya akan sakit jantung,darah tinggi,sakit lutut,sakit gigi,diabetes,kencing manis atau sakit hati.Tambahnya lagi, gambar ini berbentuk 18SG dan 100% tidak layak untuk mereka yang masih bersekolah.

                     (Itik yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai)


No comments:

Post a Comment