LAWATAN MUHIBAH KELAB KOMPUTER KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN
2010
Disediakan Oleh,
Setiausaha Kelab Computer
Kolej Profesional Mara Seri Iskandar
32600 Bota.
Lawatan Muhibah Kelab Komputer ke Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit
1.0 Pengenalan
Pogram lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan sebahagian ahli Kelab Komputer dengan anak-anak yatim supaya mereka dapat menyedari bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap golongan yang tidak bernasib baik.
2.0 Rasional
2.1 Tanda Kelab Komputer prihatin terhadap anak-anak yatim
2.2 Memberi kesedaran terhadap ahli Kelab Komputer
3.0 Objektif
3.1 Berkongsi kegembiraan yang jarang dialami oleh anak-anak yatim
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli Kelab Komputer dengan anak-anak yatim
3.3 Sebagai tanggungjawab sosial Kelab Komputer kepada masyarakat sekeliling
4.0 Penyertaan Lawatan Muhibah
4.1 35 orang ahli Kelab Komputer serta 2 orang pensyarah pengiring.
5.0 Tema
5.1 Lawatan Muhibah Kelab Komputer
6.0 Tarikh dan Tempat
6.1 Tarikh : 10/4/2010 (Sabtu)
6.2 Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
6.3 Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit.
7.0 Pengangkutan
7.1 Bas kolej
8.0 Kumpulan Sasaran
8.1 Semua anak-anak yatim Rumah Bait Al-Amin
9.0 Anggaran Perbelanjaan Program
Perbelanjaan Makan Tengah hari
- Nasi Tomato (4.00 x 73 orang)
(42 Anak-anak yatim + 31 Sukarelawan = 73) RM 300.00
Perbelanjaan Minuman RM 60.00
Pembelian Hadiah (alat-alat Tulis)
- Pen, pensil mekanikal, file box, buku nota,
pensil, pembaris, pemadam, pembalut hadiah,
pensil warna RM 250.00
Bahan Permainan atau Peralatan
- Belon, bola ping pong, span, sudu, tepung,
Kertas A4 , baldi, tali dan lain-lain RM 90.00
10.0 Strategi Pelaksanaan Program / Aturcara Program
10.1 Jumaat -8.00 pagi : Bertolak ke Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin
-8.30 pagi : Pengenalan ahli Kelab Komputer dengan anak-anak
Yatim
-9.15 pagi : Acara sukaneka / permainan
-12.00 pagi : Indoor games
-12.15 tghari : Makan Tengahari
-12.45 tghari : Tayangan Video Klip
-1.15 petang : Solat Zohor berjemaah
- 2.00 tghari : Penyampaian hadiah
-3.00 petang : Bersurai
11.0 Penutup
11.1 Hasil dari program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan ahli Kelab Komputer dengan adik-adik angkat kelab kami iaitu anak-anak yatim Rumah Bait Al-Amin. Sehubungan itu, melalui program ini juga ia dapat mengukuhkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin diantara dua belah pihak.Oleh itu, kerjasama dari semua pihak yang terbabit amatlah diharapkan untuk menjayakan program yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh, Disemak oleh,
……………………………………… ……………………….
(Nama) (Nama)
Ketua Jabatan Sains Kuantitatif
Setiausaha Kelab Komputer Kolej Profesional Mara Seri Iskandar
Kolej Profesional Mara Seri Iskandar
Diluluskan oleh,
No comments:
Post a Comment