
Malaysia vs Indonesia di pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea 2011
Pingat perak sudah pasti didalam genggaman skuad Harimau Muda. Hanya sedikit usaha diperlukan untuk menukar pingat perak kepada kilauan emas di pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea edisi 2011. Tandukan Ahmad Fakri Saarani yang menerjah menanduk masuk bola ke dalam gawang pintu gol pasukan Myanmar umpama harimau menerjah mangsanya melayakkan skuad bola sepak negara bimbingan Ong Kim Swee ke pertemuan akhir penentuan emas atau perak hari Isnin minggu hadapan antara acara akhir sebelum tirai Sukan Sea 2011 dilabuhkan.

Stefan Hansson jurulatih The White Angels - Myanmar
Gerakan ciptaan Izzaq Faris Ramlan yang di masukkan separuh masa kedua merampas bola di kaki pemain Myanmar menjadi titik tolak kepada penghasilan gol oleh tandukan Fakri Saarani yang menyudahkan dengan tandukan gol pada minit ke 85. Kemenangan Malaysia 1 – 0 ke atas Myanmar telah menafikan peluang Myanmar yang dipimpin oleh jurulatih asing iaitu Stefan Hansson dari Sweeden terpaksa berputih mata untuk melangkah ke pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea. Malaysia bakal bertembung sekali lagi dengan skuad Garuda yang turut layak dengan kemenangan 2 – 0 ke atas pasukan Vietnam malam tadi.
Skuad bola sepak Indonesia bimbingan Rahmad Darmawan nampak lebih bernafsu untuk menewaskan Malaysia di pelawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia vs Indonesia bagi menentukan pingat emas dan perak. Kemenangan besar pasukan Indonesia ke atas pasukan Vietnammemastikan Indonesia ke perlawanan akhir bagai mahu membalas dendam kerana kekalahan diperingkat kumpulan A tempoh hari di tangan skuad Harimau Muda.

Ong Kim Swee jurulatih Harimau Muda
Perlawanan akhir antara Malaysia vs Indonesia lebih menarik kerana masing-masing mempunyai misi dan menunjukkan siapakah jaguh Asia Tenggara. Tidak kira samada skuad Harimau Muda atau skuad Garuda akan bermain matian-matian dipertemuan akhir perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 pada hari Isnin ini di stadium Bung Karno.

Rahmad Darmawan jurulatih Garuda Muda
Kebanjiran peminat fanatik Indonesia akan memberi tekanan psikologi kepada skuad Harimau Muda. Skuad Harimau Muda mempunyai kekuatan mental yang jitu kerana pengalaman yang dikutip ketika menewaskan Indonesia di peringkat kumpulan mampu menyerap provokasi penyokong tuan rumah. Sudah tentu skuad Indonesia lebih tertekan kerana bermain di halaman sendiri dan depan penyokong mereka yang mahukan pingat emas pelengkap sebagai tuan rumah anjuran Sukan Sea edisi 2011.
AAUUUMMM!!
::Tanah Tumpahnya Darahku::
No comments:
Post a Comment