FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA KE-26 :: Harimau Muda Malaya sekali lagi membuktikan kejagoan apabila mengalahkan Indonesia di Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea Ke-26 Indonesia. Walaupun penentuan kemenangan terpaksa dilanjutkan sehingga sepakan penalti apabila pasukan negara berjaya mengikat Indonesia 1-1 sehingga tamat perlawanan.
Di penentuan penalti berkenaan, pasukan negara berjaya mencatatkan kemenangan 4-3 melalui jaringan Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Fandi Ahmad dan Baddrul Bakhtiar manakala Fakri Saarani gagal menyempurnakan sepakan ketiga Malaysia. Penjaga Gol Sensasi negara pula, Apek (Khairul Fahmi) berjaya menyelamatkan sepakan kelima Indonesia dan satu lagi sepakan kedua Indonesia terkena tiang. Tahniah Harimau Muda!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
AAUUMM!!!!::TANAH TUMPAHNYA DARAHKU::
No comments:
Post a Comment