Iklan Penaja

Monday, November 21, 2011

Senarai Penuh Bajet 2012

Jumlah bajet 2012 – RM232.8 bilion.
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion.
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
  • Peruntukan rancakkan pembangunan - Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
  • Kereta hibrid - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
  • RM1 bilion untuk sekolah - Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. - Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
  • Felda - Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
  • Yuran sekolah - Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
  • Pencen - 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
  • Kakitangan awam - Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
  • Polis - RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
  • Keluarga tentera - RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
  • Subsidi - Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Tujuh Keajaiban Dunia di Negeri China

1. Yang terdaftar pertama kali dari keajaiban di cina tentu saja adalah Tembok Besar China. Ini adalah salah satu Tujuh Keajaiban Dunia. Membentang sepanjang 4000miles, ini adalah satu-satunya struktur buatan manusia di bumi yang dapat dilihat dari bulan. Bangunan ini terletak di beijing, ibukota Cina.
2. Berikutnya adalah The Forbidden City, istana kekaisaran dinasti cina. Ini adalah istana kuno terbesar di dunia. Membentang lebih dari tujuh juta kaki persegi dan berisi lebih dari 10.000 kamar, bangunan ini berumur lebih dari 500 tahun, dan dibangun untuk menggambarkan kekuatan politik cina.
3. Terracotta Warriors digali dan ditemukan pada tahun 1974. Sekarang, menjadi museum yang menyimpan semua oxidising terracottas. Di dekat bangunan ini terdapat makam Kaisar Qin. Hingga sekarang banyak mesteri yang belum terungkap mengenai bangunan ini. Bangunan ini terletak di Xian, Shaanxi, Cina. Terrracotta Warriors dipercaya dibangun untuk menjaga kubu Qin’s.
4. Biara Hanging yang terletak di Gunung hengshan, Shaanxi, Cina. Dibangun lebih dari 1400 tahun yang lalu. Di bagian samping terdapat jurang yang curam, pada bagian ini bangunan ditahan dengan kayu beams, dan dengan struktur yang cukup kuat untuk menahan gempa bumi besar bahkan di tahun 1303.
5. Patung Buddha Leshan berlokasi di Leshan, Sichuan, Cina. Patung Buddha terbesar di dunia, patung ini diukir oleh rahib Buddha lebih dari 1000 tahun. Butuh waktu 90 tahun untuk menyelesaikannya. Patung ini mempunyai tinggi 233 kaki dan lebar 90 kaki.
6. Gunung Wudang, terletak di Wudang, Hubei, Cina. Di lereng Gunung Wudang terdapat candi, istana dan jembatan yang sangat spectakuler. Juga termasuk kota keramat bagi negara Cina. Ia juga dikenal sebagai negara asal dari Kungfu Tai Chi dan Wudang Kung Fu.
7. Temple Zhai Shi Bao , yang terletak di Sungai Yangtze.
KEAJAIBAN CINA DI MASA KINI
1. Stadion Nasional Beijing lebih umum disebut dengan sebutan stadion Sarang Burung, adalah konstruksi baja terbesar di dunia, dapat menampung hingga 80.000 orang. Digunakan sebagai tempat upacara pembukaan dan penutupan Beijing 2008 Summer Olympic Games.
2. Beijing National Aquatics Center yang umumnya dikenal sebagai water cube.
3. CCTV Headquarters Tower, dengan tinggi 234m. Terletak di pusat bisnis Beijing dan cukup sederhana dengan bentuk geometris. Benar-benar bangunan yang menakjubkan, menara ini selesai pada akhir tahun 2008.
4. The New Beijing International Airport. Ini adalah terminal bandara terbesar di dunia. Dirancang berdasarkan konsep naga legendaris, struktur ini tidak hanya terlihat besar, tetapi terlalu spektakuler.
5. Beijing CCTV Tower. Menara dengan struktur tallest di Beijing dan dibangun pada tahun 1992, dengan ketinggian 405m.
6. The Beijing National Theatre yang terletak di Beijing. Bentuk struktur ini terlihat seperti sebuah telur dan itu adalah teater indoor terbesar di dunia. Ia dikelilingi oleh danau buatan manusia dan dapat dijangkau melalui sebuah terowongan bawah tanah.
7. The China World Trade Center Tower 3, selesai tahun 2008. Berlokasi di Central Business District, menara ini berdiri di ketinggian 330m, dengan 74 lantai. Ini akan menjadi bagian dari China World Trade Center sama seperti dengan New York World Trade Center.

14 FAKTA TENTANG DORAEMON

Sape yang lahir tahun 90an mesti time hari sabtu sebok dok depan TV time pukul 7.30… Sebab nak tengok katun yang paling famous time tue iaitu doraemon… Katun Doraemon nie memang top time zaman kecik-kecik dulu… Sekarang nie pon katun nie masih belom tamat lagi dan masih lagi di tayang di NTV7 pukul 7.30 juga hari sabtu… Kadang-kandang ade movie die dekat Astro Ceria… Walaupon dah 20 lebih tapi still layan lagi… hehehe.... Nak tahu tak fakta sebenar berkenaan Doraemon nie???
1. Nama Doraemon sebenar dicipta daripada dua patah perkataan iaitu Dora & Emon…
2. Nama Doraemon dalam bahasa Jepun ditulis daripada gabungan huruf katkana & hiragana… Huruf katakana iaitu Dora (ドラ) & huruf hiragana untuk Emon (えもん)… Maka jadinya Doraemon (ドラえもん)…
3. Nama asal Doraemon ialah MS-903… Ini adalah nama asli bagi Doraemon yang dipanggil oleh sang pengcipta…
4. Tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112…
5. Angka ajaib bagi Doraemon ialah 1293… Kenapa???
  • Berat 129.3kg (258 lbs)…
  • Tinggi 129.3cm (4’3″)…
  • Boleh berlari sehingga 129.3km/j (80.3mph) ketika ketakutan…
  • Melompat 129.3cm (424.2 kaki) ketika terancam bahaya…
  • Kekuatan maksimum 129.3bhp…
  • Saiz pergelangan tangan 129.3mm…
  • Saiz kepalanya lingkaran dada adalah 129.3cm…
  • Kaki berdiameter 129.3mm…
  • Ianya diproduksi Saptember 3, 2112 (12/9/3) di Pabrik Robot Matsushiba…
6. Nama kekasih Doraemon ialah Noramyako… Die break up dengan Doraemon kerana Doraemon dirasakan terlalu pendek baginya (setelah telinganya dimakan oleh tikus)…
7. Warna asli Doraemon ialah kuning… Setelah telinganya digigit tikus, dia menangis di atas menara dan minum ramua berlabel ‘kesedihan’… Ketika dia menangis warnanya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan itu…
8. Sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)…
9. Jumlah alat di dalam poket Doraemon ialah lebih kurang 4500 alat…
10. Alat Doraemon yang paling popular ialah:
  • Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja)…
  • Take-copter (Baling2 Bambu)…
  • Kuukihou (Meriam Senapan Angin)…
  • Time Machine (Mesin Waktu)…
11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yg menjadi ekornya…
12.  Dorami lebih hebat dari Doraemon… Dorami mampu menghasilkan kuasa sebesar 10000 tenaga kuda, berbandingkan dengan Doraemon yang hanya mengeluarkan sebesar 129.3 tenaga kuda…
13.  Dorami sebenarnya tidak langsung muncul dalam keluarga Nobita, namun di keluarga cicit-cicit Nobita di abad 22 yakni Sewashi… Dorami dibeli untuk menggantikan Doraemon, yang dibeli  untuk menemani Nobita…
14.  Doraemon berak cam ne? dia kan banyak makan dorayaki? Sebanarnya, sistem pencernaan Doraemon berupa mesin, dan mampu mengolah bahan apa pun (organik maupun no organik) menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas…

Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sifat Calon Isteri Yang Baik

Sememangnya tiada yang sempurna didunia ini. Namun tidak salahkan jika kita berubah menjadi insan yang lebih sempurna. Berikut merupakan antara beberapa sifat calon isteri yang baik.
  • Berpegang Kepada Agama - Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
  • Kecantikan Dalaman - Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
  • Manja - Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
  • Pandai Menjaga Kecantikan - Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
  • Berakhlak Mulia - Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
  • Tidak Mempamer Aurat atau Keseksian - Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
  • Tidak Cerewet - Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
  • Memahami Lelaki - Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
  • Sejuk Mata Memandang - Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Mampu mengawal emosi dan perasaan
  • Menghormati orang lain